Sunday, September 14, 2008

<< Salam Ramadhan >>

Aku terlupa yg aku ada blog, mungkin busy berpuasa dan penat bekerja & belajar >> akademik tak alasan aku???

Dah 14 hari aku berpuasa, tak tahu pula korang camna..so tak terlambat lagi rasanya nak wish Salam Ramadhan walaupun dah 14 hari berpuasa..kira wish belated burfday nie..Puasa kali nie aku mcm tahun lepas berbuka dalam kelas since time bulan puasa pon kelas still ada jadi bukan alasan puasa utk aku ponteng kelas..berbuka ngan kawan2 nie mmg best tapi no 2 best r...ngan family tetap no 1 walaupon lauk berbuka tak seberapa.

Depan kampus aku tue mmg ada bazar ramadhan so aku takyah pening2 paler utk cari juadah cuma kadang2 tu selera pon kena berubah..aku beli juadah yg simple cam Roti Johan or murtabak daging..pastu beli kueh2 yg buat jenis tangkap muat harap jer cantek tapi kureng rasanya..tapi nak buat camna, perut dah lapar so aku takda pilihan lain melainkan pilihan lain tu pilih aku (????)

Tapi dalam byk kedai juadah tu mmg menjadi tarikan hotspot student2 disana termasuk geng2 PLK..kedai dia pakai pelaris, aritue aku nampak dalam periuk nasik dia ada getah spender Crocodile..hahahaha,aku tipu jer..ok2 aku tak ia tak kelakar..

Rupanya ada anak2 gadis yg tolong ibunya menjual tu sebab yg ramai tue (mungkin tertakluk kepada lelaki shj)...dulu aku biasa gak beli kat kedai nie tapi dah 14 hari puasa aku tak pernah beli lagi mungkin disebabkan insiden tahun lepas so aku insaf kalau bley jgn singgah walaupon jenguk2 lauk..aku tekadkan hati..sungguh tabah rupanya aku nie..

Insiden yg aku maksudkan tue mmg terjadi tahun lepas first class time bulan puasa, aku tak tahu nak beli apa so pusing punya pusing jumpa kedai nie..silap aku gak time tu bley plak mengayat anak dia sambil jeling2 nakal..hahaha..kebetulan presentation dia masa tue mmg agak menggiurkan so secara automatik aku "terbuka" puasa lebih awal...Aku lelaki bujang yg hidup di tgh2 kota batu yg penuh dgn pecahan budaya melampau so takkan semuanya salah aku?? Aku inform classmate aku n mereka sememangnya dah tahu so mereka pon summarykan status diri mereka "terbuka" puasa awal..nampaknya aku ada geng jadi kurang sikit risau aku...hahahaha..

Neway, tahun nie dia berniaga lagi..walaupon aku tabahkan hati utk tidak singgah namun aku jeling2 gak anak dia (sapa yg salah??) n ok r since presentation dia tak mcm tahun lepas..tapi aku tetap taknak g kedai tue..takut peristiwa lama berulang n pasti Tomok Newboyz nyanyi sekali lagi lagu sengau tue "Sejarah Mungkin Berulang"..yg nie mmg tak tertanggung sakit telinga..hahahaha..

Glosari arinie
Roti Johan = Simple tapi lebih lazat kalau mayo n sos yg meleleh...yum2!!
Tangkap Muat = tak sama dgn tangkap basah...
Periuk nasi ada getah spender Crocodile = Satu KL tau jenis pelaris nie restoran yg mana pakai..so watchout!! hahahahaha...
Kota Batu = ada kaitan dgn sejarah bangunan2 Greek n Roman >> jgn percaya...
----------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

Laxmana said...

Bro... Amik duit raya ko kat my site... lambat kang expired... huhuh!


MY QUOTE OF THE DAY :
"Hal yang terbaik adalah tidak merasa takut akan apapun, kerana kita adalah DUTA DARI KEBENARAN, dan segala hal yang palsu (maya) pasti hilang cepat atau lambat. Itulah semua yang harus anda percayai" -peace-