Friday, August 13, 2010

<< SELAMAT BERPUASA!! >>

Assalamualaikum wbt..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Uitss brader2 & sister2..sudah masuk hari ke-3 kita berpuasa ye, rasa macam sekejap je bila dapat tahu Rabu lepas kita sudah memasuki bulan yang paling mulia di antara semua bulan yang ada di dalam kalendar Hijrah..Moga kita semua dapat menempuh bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran di dalam menghadapi apa jua ujian..kalau boleh kita mahukan tagline seperti dalam gambar di atas " ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.." amin..

Jadi untuk entri kali ini aku nak selitkan sedikit pengetahuan tentang puasa yang aku dapat melalui email pejabat sebab aku dapat rasakan ia adalah sesuatu yang baru bagi aku jadi benda yang baik eloklah kita kongsikan bersama..

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akanberhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan).

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam.

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

(vi) Tidur selepas kenyang makan.

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

FASA-FASA PUASA YANG BERJAYA:

1.Fasa pertama (2-3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

2.Fasa kedua (3-14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.)

3.Fasa ketiga(14-akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap.

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam.

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan.

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut.

(ii) Kesihatan bertambah baik.


- kredit kepada Kak Anizatul -


Monday, August 9, 2010

<< Bukan marah cuma kecewa >>

Marah lain. Kecewa lain. Tapi 2 perasaan yang berbeza ini boleh hadir dalam satu masa. Ketika itu tingkahlaku di luar kawalan sendiri..Entri kali ini aku nak serius..gile serius (bayangkan muka korang bila serius,aku lebih sikit je..)

Aku nak jual kamera FZ28 yang dekat setahun berkhidmat dengan aku..aku nak beli kamera kompak yang boleh masuk poket seluar dan mudah dibawa kemana-mana..jadi aku mengiklankan jualan kamera aku di Mudah.my..aku letak segala spesifikasi dan harga yang boleh dirunding..harap-harap ada yang sudi membeli..huhu..

Aku dapat sms dari seorang potential customer yang menyatakan hasratnya untuk beli kamera tersebut..setelah tempat dan waktu diketahui, selepas kelas aku bergegas ke sana..kalau boleh aku tak mahu potential customer tunggu aku lama-lama..

Kami berjumpa di area Damansara tepat jam 9.00mlm..aku bersemangat untuk tunjukkan apa yang aku ingin jual tetapi, belum sempat nak keluarkan kamera dari beg, mamat tu terlebih dahulu mengeluarkan brochure2 yang aku sendiri tak pasti apa motif sebenarnya..

Owwwhhh..rupa2nya dia ada membuat perniagaan yang aku rasa berbentuk MLM dimana produk yang dia cuba promosikan kepada aku adalah produk berasaskan penapis air..katanya produk penapis air ini telah terkenal di seluruh Malaysia dan bisnes tersebut telah 15 tahun bertapak di Malaysia..heyyyy, aku belum keluarkan lagi kamera aku dari beg ni!!

Dipendekkan cerita, setelah hampir setengah jam bercerita tentang produk serta menunjukkan gambar-gambar kejayaan upline dia baru dia bertanya tentang kamera aku..sebenarnya aku sudah tawar hati hendak berurusniaga dengan orang seperti ini..siapa penjual sebenarnya? apa motif dia hendak promosi segala bisnes MLM dia??

Dia belek-belek kamera aku..snap dekat 10 kali objek yang sama...katanya hendak menguji ketajaman fokus kamera aku sekiranya menangkap objek yang jauh..aku tunjukkan segala kemahiran serta kelebihan kamera tersebut dan dia agak berpuas hati tapi diletakkan kamera aku atas meja..kenapa??

Rupa2nya dia ingin menyambung kembali cerita2 kejayaan rakan2 beliau yang turut sama menyertai bisnes tersebut..aku makin panas sebenarnya dengan tindak tanduk beliau tapi aku berlagak seperti tiada apa2..jam dah menunjukkan pukul 11.30mlm..huhu.

Kesimpulannya adalah :-
  1. Perjumpaan diadakan selama 3 jam.
  2. Presentation dari aku tentang kamera ini hanya lebih kurang 45 minit..selebihnya dia sapu bersih.
  3. Tiada urusan penjualan dan pembelian dilakukan pada malam itu..
  4. Alasan, dia hendak menangkap gambar slide2 PowerPoint ketika ketuanya memberi taklimat rahsia kejayaan melalui bisnes tersebut..
  5. Jangan pendek akal..kalau aku lebih baik dia jumpa ketuanya dan minta softcopy slide tersebut..modal cuma thumbdrive sahaja..takkan ketuanya tak bagi kan?? kata kejayaan kena kongsi bersama..
  6. Dia TIDAK JUJUR..mengambil kesempatan di atas kemahuan aku menjual kamera bagi mempromosikan bisnes dia..
  7. Agenda utama dia ialah mempromosikan bisnes..nak beli atau tidak kamera aku itu aku sendiri tak pasti..
  8. Aku beritahu kepada dia bahawa ada orang lain yang ingin melihat kamera ini, dan sekiranya terjual kepada orang tersebut, anggaplah dia tiada rezeki..
  9. Sempat lagi membalas, sekiranya dia tiada rezeki untuk membeli kamera tersebut, rezeki mungkin dapat berganding bahu bersama aku bagi menjanakan kejayaan melalui bisnes penapis air.
  10. AKU TIDAK BERMINAT DENGAN BISNES SEPERTI INI!!!

Aku ceritakan kepada kakak aku keesokkan harinya..dia pun meluahkan rasa kesal,kecewa dan marah sekiranya perkara ini berlaku kepadanya..tapi last2 dia gelakkan aku jugak!! hahahahaha..

Nota : Mamat itu masih lagi menghubungi aku bagi mengatur satu temujanji bersama rakan2 yang lain bagi menyertai bisnes tersebut..