Friday, November 28, 2008

<< Gua kehabisan idea juga >>

Whutt whuttt..

Aku tgh semester break so akan lebih kerap update blog..kerja tetap kerja tapi kena pandai curi masa..curi masa tak kena tangkap ngan polis tapi dunia akhirat tanggung sendiri..

Rasanya utk November 2008 ini adalah entri terakhir..bila dah akhir2 nie tak byk idea2 yg boleh dikongsi..masing2 dah tepu..bukan tepung coz kalau tepung dah lama aku buat cengkodok (tiada spelling error utk perkataan itu).

Baiklah, tanpa panjang lebar aku nak letak gambar2 yg aku dapat melalui email..gambar nie dah melepasi had kelayakan utk dipertontonkan pada umum..yg lain aku simpan sebagai rujukan di masa hadapan yg belum pasti kemana arah tujuannya yg menjanjikan seribu macam suasana serta isu2 yg berkaitan dengan pilihan hidup.

(korang baca ker sentence yg telah di boldkan??)

Untung aku ada pembaca blog yg rajin membaca statement yg merepek dan melalut.Cukup.





Patutlah ramai yg tidak menghargai nyawa mereka..mereka cuma tak paham apa yang ditulis...


Mereka famous dgn huruf C & H..tapi kenapa gmbar org itu mcm berisi?? Warning utk ibu mengandung rasanya...


Adoyaiii..penat mulut teman nak menyebutnya...

Signage2 tersebut cuma ada di negara jiran..bukan jiran rumah korang jauh sekali rumah jiran aku..apa2 pon setelah dinilai semua gambar yg diterima melalui email utk Nov 2008, gambar di bawah aku rate 8/10..kekuatan gambar tersebut bukan sahaja pada scenery malah dialog serta susun atur objek2 di dalam gambar tersebut..tahniah encik/cik/dato'/datin gambar...


Tak dapat bayangkan kalau En Jamal buat begitu...

Sekian shj entry kali ini..kita jumpa di bulan Disember..yeyeye,gaji masuk awal!!!

p/s : artsoul, aku copy tajuk entri kau..bagitau awal2 nnti takut kau bom blog aku..hehe..

Tuesday, November 25, 2008

<< Ego, Air Mata & Sedih >>

Salam semua..

Parents aku selamat pergi n sampai ke destinasi yg dituju Sabtu lepas. Petang Sabtu dalam jam 6 ptg kami bertolak (2 jemaah yg pergi tapi yg hantar 4 bijik kereta) n sampai dalam jam 6.30 since jalan kat Federal Highway tak jammed n mmg target kami semua utk sampai b4 maghrib bagi mengelakkan lagi kesesakkan yg sedia ada..

Parking kereta pon tak jauh sgt since org tak ramai lagi n selamber jer 4 bijik kereta tue parking depan umah sapa2 ntah..hopefully tuan rumah faham kerana situasi parking tanpa kebenaran hanya berlaku setahun sekali. Aku bergegas ke khemah yg menempatkan jemaah n parents aku dah pon duduk di kawasan strategik utk memudahkan kami sanak saudara mengesan mereka tanpa penggunaan GPS.

Bila keadaan semua ok, aku bergegas cari member2 yg bertugas utk mintak pas pelawat masuk ke kawasan larangan coz abah tak pakai ihram lagi so aku kena cari bilik persalinan utk dia.

Jumpa. Pas pelawat dah ada. Aku sedikit istimewa malam itu. Boleh akses kemana2 kawasan larangan.

Lepas maghrib teman abah pakai ihram n beg bagasi jemaah aku dah hantar utk discan. Dalam jam 9 malam pengumunan dibuat utk proses check-in semua jemaah. Kalau korang nak tahu time nie paling syahdu sekali..huhuhuhu....

Tapi aku kontrol. Sanak saudara dah berlinang air mata, kakak n adik aku pon sama..mak dah merah mata tapi abah kontrol sedih dia..aku tahu dia sedih..tapi dia tetap dgn ego dia..dan aku mewarisi sifat itu..buktinya aku tak menangis langsung bila tgk situasi tu...

Bila selesai semua amanat yg dipesan jemaah dah mula masuk ke kaunter check-in bermakna kelibat jemaah tidak lagi boleh dilihat oleh sanak saudara mereka. Kecuali aku..pas tu membolehkan aku ada di kawasan tersebut sehingga mereka naik bas ke KLIA..

Dalam dewan berlepas ke KLIA,semua jemaah ditempatkan bagi sebarang proses yg berkaitan dan taklimat diberikan oleh pegawai yg bertugas..pegawai yg bertugas tu pon aku kenal..siap salam tnya khabar, borak2 n mcm2 lagi..tapi itu takda kaitan dgn pas yg aku dapat.. aku mmg kenal pegawai tu lebih lama dari aku kenal pas pelawat tue..sumpah tak tipu..

Aku teman parents aku makan sambil borak2...mcm2 mereka pesan pada aku..tu kira amanat yg perlu aku n adik-beradik aku laksanakan sementara ketiadaan mereka nnti.. Tapi aku mmg respect ngan parents aku..mereka masih lagi gembira gelak tawa walaupon mereka akan meninggalkan kami..aku tak pasti kenapa tapi ini mungkin ada kaitan dgn keberkatan n kesabaran yg mereka perlu bayar utk pergi ke sana.. kalau korang suruh aku explain aku tak pandai sgt bab2 jiwa roh dan jasmani coz masa skolah agama dulu aku selalu ponteng sampai kantoi ngan parents sendiri..huhu..

Jam 10.30 n jemaah dah mula menaiki bas. Aku salam cium tangan n pipi parents aku.. time tue sedih sgt2 tapi aku tak menangis!!! Aku pon pelik since parents aku ada gak air mata mengalir tapi taklah seteruk masa dgn sanak saudara tadi..adakah ego melanda diriku?? hehe...

Aku keluar dr dewan n trus bagi balik pas pelawat n sanak saudara yg lain tgh tunggu sambil borak2..aku tgk dah kering air mata mereka since dah mula gelak2 n senyum2..kira dah ok r tue..

On the way ke parking, kakak n adik aku tegur......

"Kau tak menangis bang ngah??"

"Tak..tak tau kenapa aku tak menangis...tapi aku tetap sedih..."



Friday, November 21, 2008

<< Moga dipermudahkan segala urusan >>

Arinie ari Jumaat bersamaan 21 Nov 08. Besok ari Sabtu bersamaan 22 Nov o8..tak perlu tgk kalendar utk double check tarikh2 tersebut. Yg beza cuma kat kalendar tiada perkataan bersamaan.

InsyaAllah,kalau takda apa2 aral melintang besok abah n mak aku akan terbang (mereka bukan Superman/Superwoman) pergi utk menunaikan haji..ikut perkiraan kalau ayah aku ini kali kedua dan mak pula aku tak pasti berapa tapi melebihi tiga kali...rezeki Allah bagi so kaut jer..hehe..

Dlm jangkamasa 2 minggu b4 fly mereka busy buat checklist barang,kesihatan dan persiapan yg perlu...beli itu beli ini, tempah baju n jubah, tukar duit RM--Riyal n mcm2 lagi.. Abah buat checklist utk kami adik-beradik apa yg patut dibayar/dibuat/diselesaikan semasa ketiadaan abah n mak...

Ketiadaan mereka nnti maybe nenek aku datang KL utk temankan cucu2 kesayangan beliau walaupun cucunya ini dah dewasa mungkin dia nak skali skala lepak KL..mungkin dia nak survey lifestlye KL supaya nnti dia nak adapt kat kampung nnti..cayalah nenek!!!

Kebetulan adik aku pula SPM tahun nie dan semasa ketiadaan abah n mak ada dalam 4 paper yg belum dijawab...so jadi tanggungjawab aku utk amek cuti coz nak hntr n amek dr sekolah..selama nie tanggungjawab itu dipikul oleh abah aku.. (Nurul ucap terima kasih pada abah.Sekarang)

Tapi apa yg pelik, kawan2 aku semua senyum bila aku bagitau yg parents aku g Mekah..napa erk??

Oooooo...patut r, depa sindir2 aku bila mereka tgh takda nie bley buat mcm2 aktiviti yg terbatas sebelum nie...hish!! Korang nie tak baik menghasut sesama manusia...kan menghasut tu kerja syaitannnnn..hehe..

Diorang tnya aku apa perasaan bila mereka takda g Mekah...aku jawab sedih ada gembira ada...sedih coz terpaksa berpisah ngan depa..gembira coz suka tgk parents aku dapat menunaikan haji...setengah2 org itu dah berkemampuan harta dan masa tapi still tak dapat g..

Tapi bila aku fikir2 balik ttg soalan kawan2 aku, aku nak amek pendekatan yg lain.. apa pula perasaan aku kalau mereka takda..bukan g Mekah..ermmm, korang paham2 sendiri r... aku takut/malas nak fikirkan..selagi mereka ada aku nak spend masa2 yg ada...

Ok, emo pula aku kali nie...apa2 pun abah n mak, tahniah adik (walaupon aku anak ke-2 dan berumur 24++) ucapkan..moga2 dipermudahkan segala urusan di sana, disihatkan tubuh badan dan doa2kan kami yg ada di sini agar....agar....agar....

Hurmmm, parents should know better what is the best for their children...

Salam...