Friday, August 13, 2010

<< SELAMAT BERPUASA!! >>

Assalamualaikum wbt..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!

Uitss brader2 & sister2..sudah masuk hari ke-3 kita berpuasa ye, rasa macam sekejap je bila dapat tahu Rabu lepas kita sudah memasuki bulan yang paling mulia di antara semua bulan yang ada di dalam kalendar Hijrah..Moga kita semua dapat menempuh bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran di dalam menghadapi apa jua ujian..kalau boleh kita mahukan tagline seperti dalam gambar di atas " ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.." amin..

Jadi untuk entri kali ini aku nak selitkan sedikit pengetahuan tentang puasa yang aku dapat melalui email pejabat sebab aku dapat rasakan ia adalah sesuatu yang baru bagi aku jadi benda yang baik eloklah kita kongsikan bersama..

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akanberhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan).

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam.

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

(vi) Tidur selepas kenyang makan.

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

FASA-FASA PUASA YANG BERJAYA:

1.Fasa pertama (2-3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

2.Fasa kedua (3-14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.)

3.Fasa ketiga(14-akhir puasa):

Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap.

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam.

(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan.

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut.

(ii) Kesihatan bertambah baik.


- kredit kepada Kak Anizatul -


Monday, August 9, 2010

<< Bukan marah cuma kecewa >>

Marah lain. Kecewa lain. Tapi 2 perasaan yang berbeza ini boleh hadir dalam satu masa. Ketika itu tingkahlaku di luar kawalan sendiri..Entri kali ini aku nak serius..gile serius (bayangkan muka korang bila serius,aku lebih sikit je..)

Aku nak jual kamera FZ28 yang dekat setahun berkhidmat dengan aku..aku nak beli kamera kompak yang boleh masuk poket seluar dan mudah dibawa kemana-mana..jadi aku mengiklankan jualan kamera aku di Mudah.my..aku letak segala spesifikasi dan harga yang boleh dirunding..harap-harap ada yang sudi membeli..huhu..

Aku dapat sms dari seorang potential customer yang menyatakan hasratnya untuk beli kamera tersebut..setelah tempat dan waktu diketahui, selepas kelas aku bergegas ke sana..kalau boleh aku tak mahu potential customer tunggu aku lama-lama..

Kami berjumpa di area Damansara tepat jam 9.00mlm..aku bersemangat untuk tunjukkan apa yang aku ingin jual tetapi, belum sempat nak keluarkan kamera dari beg, mamat tu terlebih dahulu mengeluarkan brochure2 yang aku sendiri tak pasti apa motif sebenarnya..

Owwwhhh..rupa2nya dia ada membuat perniagaan yang aku rasa berbentuk MLM dimana produk yang dia cuba promosikan kepada aku adalah produk berasaskan penapis air..katanya produk penapis air ini telah terkenal di seluruh Malaysia dan bisnes tersebut telah 15 tahun bertapak di Malaysia..heyyyy, aku belum keluarkan lagi kamera aku dari beg ni!!

Dipendekkan cerita, setelah hampir setengah jam bercerita tentang produk serta menunjukkan gambar-gambar kejayaan upline dia baru dia bertanya tentang kamera aku..sebenarnya aku sudah tawar hati hendak berurusniaga dengan orang seperti ini..siapa penjual sebenarnya? apa motif dia hendak promosi segala bisnes MLM dia??

Dia belek-belek kamera aku..snap dekat 10 kali objek yang sama...katanya hendak menguji ketajaman fokus kamera aku sekiranya menangkap objek yang jauh..aku tunjukkan segala kemahiran serta kelebihan kamera tersebut dan dia agak berpuas hati tapi diletakkan kamera aku atas meja..kenapa??

Rupa2nya dia ingin menyambung kembali cerita2 kejayaan rakan2 beliau yang turut sama menyertai bisnes tersebut..aku makin panas sebenarnya dengan tindak tanduk beliau tapi aku berlagak seperti tiada apa2..jam dah menunjukkan pukul 11.30mlm..huhu.

Kesimpulannya adalah :-
  1. Perjumpaan diadakan selama 3 jam.
  2. Presentation dari aku tentang kamera ini hanya lebih kurang 45 minit..selebihnya dia sapu bersih.
  3. Tiada urusan penjualan dan pembelian dilakukan pada malam itu..
  4. Alasan, dia hendak menangkap gambar slide2 PowerPoint ketika ketuanya memberi taklimat rahsia kejayaan melalui bisnes tersebut..
  5. Jangan pendek akal..kalau aku lebih baik dia jumpa ketuanya dan minta softcopy slide tersebut..modal cuma thumbdrive sahaja..takkan ketuanya tak bagi kan?? kata kejayaan kena kongsi bersama..
  6. Dia TIDAK JUJUR..mengambil kesempatan di atas kemahuan aku menjual kamera bagi mempromosikan bisnes dia..
  7. Agenda utama dia ialah mempromosikan bisnes..nak beli atau tidak kamera aku itu aku sendiri tak pasti..
  8. Aku beritahu kepada dia bahawa ada orang lain yang ingin melihat kamera ini, dan sekiranya terjual kepada orang tersebut, anggaplah dia tiada rezeki..
  9. Sempat lagi membalas, sekiranya dia tiada rezeki untuk membeli kamera tersebut, rezeki mungkin dapat berganding bahu bersama aku bagi menjanakan kejayaan melalui bisnes penapis air.
  10. AKU TIDAK BERMINAT DENGAN BISNES SEPERTI INI!!!

Aku ceritakan kepada kakak aku keesokkan harinya..dia pun meluahkan rasa kesal,kecewa dan marah sekiranya perkara ini berlaku kepadanya..tapi last2 dia gelakkan aku jugak!! hahahahaha..

Nota : Mamat itu masih lagi menghubungi aku bagi mengatur satu temujanji bersama rakan2 yang lain bagi menyertai bisnes tersebut..

Friday, July 30, 2010

<< Dilemma >>

Haaa..tgh buat apa tu?? Kerja laa woiii..hehehe..

Entri kali ini aku nak promosikan PIKOM PC Fair 2010 yg akan berlangsung di KL Convention Centre pada 6 hingga 8hb Ogos 2010..seingat aku,kali terakhir pergi pada Oktober 2007 itu pun bukan buat apa..saja jalan2 tgk gajet2 baru ketika itu..

Kadang2 bila ada teknologi baru, aku cuma search kat Google & tgk segala rupa serta spesifikasi so hopefully bila aku pergi PC Fair kali ini at least dpt laa tgk dgn mata kepala sendiri..dapat pegang n akses mmg jadi satu bonus tapi aku rasa mcm susah sbb ramai org mempunyai kemahuan yg sama..beli atau tidak itu belakang cerita laaa..hahahaha..

So, utk kali ini aku & adik aku plan nak pergi..mmg byk booth yg terdiri dr pelbagai jenama teknologi tapi aku paling suka pergi booth audio..gilerrr kentang laa bila semua audio manufacturer menunjukkan kehebatan teknologi audio mereka..bukan menghempas2 speaker ke lantai then tgk sapa yg paling tough made..cuma memainkan beberapa lagu yg btul2 berdengung telinga berguguran jantung bila masuk audio booth ini..

Jadi apa kaitan tajuk entri dgn PC Fair 2010 ni??? Dilemma jenis apakah yg aku hadapi?? Nak kata soal kahwin jauh sekali, better aku post ttg servis katering tak pun gambar calon2 isteri..hahahaha..

Aku dilemma samada nak beli laptop/notebook atau tidak..sejak kelahiran benda di alam fana ini aku tak pernah tergerak hati nak beli..tapi rajin pula survey sana-sini..kadang2 tu buka webpage manufacturer then compare which one is the best..tapi beli jauuuhhhhhh sekali..hehehe..agaknya pintu hatiku baru terbuka menerima kehadiran mereka..hahaha...

Aku minta adik aku listkan laptop yg memudahkan dia utk menaip..dia nak cari yg sedap menaip so aku suruh dia survey kwn2 dia punya then sebelum pergi PC Fair 2010 tu, kami bincang mana yg jadi pilihan..malas nak jalan2 survey2 pastu penat tapi last2 tak beli gakk..hehehe..

Aku ada juga wish list utk laptop..aku prefer DELL..takpun HP..LENOVO pun design cantek tapi tgk la dulu mcm mana..kadang2 naik juling mata ni..juling2 smpai last2 tak beli apa pun..

Alang2 menyeluk perkasam jgn mati anak..tiada kena mengena dgn isu seterusnya..hehe..aku kalau boleh nak terminate Streamyx dkt rumah & ganti dgn mana2 broadband..hati aku berat utk DIGI sbb pakej dia menarek..CELCOM pun boleh tahan..apa2 pun pokok pangkalnya ONGKOS menjadi faktor penting..

So konklusinya segala dilemma ini akan terjawab melalui ONGKOSSSnya..hehe..kita jumpa lagi di lain entri..nnti kalau aku dah beli laptop & broadband aku post entri berkenaan impressi pertama..

GLOSARI:-
DELL
- ramai kata after services dia sgt baguih dok ada!! lagi2 kalau beli online..
HP
- bukan HenPon..jenama ini pun mendapat sambutan yg baik..design kadang2 tu sgt smooth.
LENOVO
- produk IBM rasanya..sleek design + good hardware..mahal derrrr...
DIGI
- hantu kuning merata2..tu yg coverage agak kuat..tapi bhgn pendalaman belum efektif lagi.
CELCOM
- aku suka Maya Karin..masih lagi duta Celcom ke?
ONGKOS
- Kos yang ong..tak ong takde la kos..tapi bukan free..itu sudah pasti..hahaha..

Thursday, July 22, 2010

<< Pergi tapi kembali >>

Subjek di atas giler..tapi mmg betul pun sebab dah dekat setahun aku tak update..bila online aku jenguk & baca je entry yg lepas2..rasanya sebab ketagih Facebook tu yg buat aku lupa yg aku rupanya ada blog..huhu..


Ok, sepanjang hampir setahun aku tak update ada sebab2 lain (selain dr addicted dgn Facebook)..aku accident pada 27 Jan 2010..otw ke Puncak Perdana utk attend class..kena di KM8.7NPE berlanggar dgn kereta yg kehabisan minyak dan berhenti di tepi lorong kecemasan..


Malas nak story panjang2 sbb aku percaya mcm mana sekali pun aku mengeluh sebenarnya Allah nak menguji setiap hamba2nya..Dia takkan turunkan segala ujian selagi hambanya tidak mampu menghadapinya..letak gambar je la sbb a picture can tell a thousand story..tapi bila aku belek2 gambar aku takde la sampai thousand story..hehe..


Aku nak dedicate jutaan thanks & love pada family aku..mereka byk berusaha dlm memastikan keadaan aku dari hari ke hari bertambah baik sehingga sekarang..utk abah,emak,kaklong,nurul & abg khir sesungguhnya tiada apa yg aku katakan selain dr ucapan terima kasih..masa sakit tu btul2 menguji kesabaran semua tapi aku percaya ada rahmat bagi setiap apa yg berlaku..kpd sanak saudara yg dtg dr Bt Pahat menjenguk aku d hospital baik d rumah pun aku takkan lupakan sampai bila2..


Kepada rakan taulan sekalian, aku masih ingat kata2 nurse d hospital PPUM.. "Untung awak, ramai kawan2 dtg melawat sampai kena buat announcement supaya beredar" hehehe..aku ingat siapa yg datang melawat walaupun masa tu pandangan kabur2 dek penangan morfin yg berlebihan tu yg buat aku khayal..tak habis d situ, korang dtg melawat lagi d rumah aku berkali2..aku terharu sebenarnya dgn kedatangan mereka2 yg berkenaan bertnya khabar & gelak2 seperti aku sihat dulu2..korang mmg BFF aku yg sebenarnya (sorry aku emo tapi itu hakikatnya)


27hb Julai genap 6 bulan kemalangan itu berlaku..sakit2 masih ada terutamanya d bahagian jari-jemari kiri dan perut..aku masih tak dapat lagi menggenggam penuh tangan kiri mungkin disebabkan sendi2 dah mengeras..yg kat perut dah mcm lipan dah..kiloid panjangnya 21cm entah bila akan surut seperti daging biasa..aku pula jenis malas nak letak krim2 yg berkenaan..haduiiii..


Ok..rasanya entri kali ini tamat d sini..apa2 story or saja2 aku nak letak sbg entri kita jumpa lain kali..gambar di bawah ketika aku d hospital..huhu..


(Hari ke-3 di wad PPUM)



(Telunjuk patah,kuku manis tercabut & kelingking terkulai)



(Cuba utk senyum..tapi gigi takdeee..hahaha)