Tuesday, November 25, 2008

<< Ego, Air Mata & Sedih >>

Salam semua..

Parents aku selamat pergi n sampai ke destinasi yg dituju Sabtu lepas. Petang Sabtu dalam jam 6 ptg kami bertolak (2 jemaah yg pergi tapi yg hantar 4 bijik kereta) n sampai dalam jam 6.30 since jalan kat Federal Highway tak jammed n mmg target kami semua utk sampai b4 maghrib bagi mengelakkan lagi kesesakkan yg sedia ada..

Parking kereta pon tak jauh sgt since org tak ramai lagi n selamber jer 4 bijik kereta tue parking depan umah sapa2 ntah..hopefully tuan rumah faham kerana situasi parking tanpa kebenaran hanya berlaku setahun sekali. Aku bergegas ke khemah yg menempatkan jemaah n parents aku dah pon duduk di kawasan strategik utk memudahkan kami sanak saudara mengesan mereka tanpa penggunaan GPS.

Bila keadaan semua ok, aku bergegas cari member2 yg bertugas utk mintak pas pelawat masuk ke kawasan larangan coz abah tak pakai ihram lagi so aku kena cari bilik persalinan utk dia.

Jumpa. Pas pelawat dah ada. Aku sedikit istimewa malam itu. Boleh akses kemana2 kawasan larangan.

Lepas maghrib teman abah pakai ihram n beg bagasi jemaah aku dah hantar utk discan. Dalam jam 9 malam pengumunan dibuat utk proses check-in semua jemaah. Kalau korang nak tahu time nie paling syahdu sekali..huhuhuhu....

Tapi aku kontrol. Sanak saudara dah berlinang air mata, kakak n adik aku pon sama..mak dah merah mata tapi abah kontrol sedih dia..aku tahu dia sedih..tapi dia tetap dgn ego dia..dan aku mewarisi sifat itu..buktinya aku tak menangis langsung bila tgk situasi tu...

Bila selesai semua amanat yg dipesan jemaah dah mula masuk ke kaunter check-in bermakna kelibat jemaah tidak lagi boleh dilihat oleh sanak saudara mereka. Kecuali aku..pas tu membolehkan aku ada di kawasan tersebut sehingga mereka naik bas ke KLIA..

Dalam dewan berlepas ke KLIA,semua jemaah ditempatkan bagi sebarang proses yg berkaitan dan taklimat diberikan oleh pegawai yg bertugas..pegawai yg bertugas tu pon aku kenal..siap salam tnya khabar, borak2 n mcm2 lagi..tapi itu takda kaitan dgn pas yg aku dapat.. aku mmg kenal pegawai tu lebih lama dari aku kenal pas pelawat tue..sumpah tak tipu..

Aku teman parents aku makan sambil borak2...mcm2 mereka pesan pada aku..tu kira amanat yg perlu aku n adik-beradik aku laksanakan sementara ketiadaan mereka nnti.. Tapi aku mmg respect ngan parents aku..mereka masih lagi gembira gelak tawa walaupon mereka akan meninggalkan kami..aku tak pasti kenapa tapi ini mungkin ada kaitan dgn keberkatan n kesabaran yg mereka perlu bayar utk pergi ke sana.. kalau korang suruh aku explain aku tak pandai sgt bab2 jiwa roh dan jasmani coz masa skolah agama dulu aku selalu ponteng sampai kantoi ngan parents sendiri..huhu..

Jam 10.30 n jemaah dah mula menaiki bas. Aku salam cium tangan n pipi parents aku.. time tue sedih sgt2 tapi aku tak menangis!!! Aku pon pelik since parents aku ada gak air mata mengalir tapi taklah seteruk masa dgn sanak saudara tadi..adakah ego melanda diriku?? hehe...

Aku keluar dr dewan n trus bagi balik pas pelawat n sanak saudara yg lain tgh tunggu sambil borak2..aku tgk dah kering air mata mereka since dah mula gelak2 n senyum2..kira dah ok r tue..

On the way ke parking, kakak n adik aku tegur......

"Kau tak menangis bang ngah??"

"Tak..tak tau kenapa aku tak menangis...tapi aku tetap sedih..."



2 comments:

artsoul said...

kira kau ni mmg bole control gile kesedihan tu

nasib engko komen blog aku,if not aku nak hanta bom nuklear kat blog engko...:P

tropicoloco said...

artsoul,

aku kan lelaki paling maskulin dlm abad nie..mesti pandai kontrol..haha..

jgn bom blog aku..nnti dah tak maskulin..haha..