Monday, August 9, 2010

<< Bukan marah cuma kecewa >>

Marah lain. Kecewa lain. Tapi 2 perasaan yang berbeza ini boleh hadir dalam satu masa. Ketika itu tingkahlaku di luar kawalan sendiri..Entri kali ini aku nak serius..gile serius (bayangkan muka korang bila serius,aku lebih sikit je..)

Aku nak jual kamera FZ28 yang dekat setahun berkhidmat dengan aku..aku nak beli kamera kompak yang boleh masuk poket seluar dan mudah dibawa kemana-mana..jadi aku mengiklankan jualan kamera aku di Mudah.my..aku letak segala spesifikasi dan harga yang boleh dirunding..harap-harap ada yang sudi membeli..huhu..

Aku dapat sms dari seorang potential customer yang menyatakan hasratnya untuk beli kamera tersebut..setelah tempat dan waktu diketahui, selepas kelas aku bergegas ke sana..kalau boleh aku tak mahu potential customer tunggu aku lama-lama..

Kami berjumpa di area Damansara tepat jam 9.00mlm..aku bersemangat untuk tunjukkan apa yang aku ingin jual tetapi, belum sempat nak keluarkan kamera dari beg, mamat tu terlebih dahulu mengeluarkan brochure2 yang aku sendiri tak pasti apa motif sebenarnya..

Owwwhhh..rupa2nya dia ada membuat perniagaan yang aku rasa berbentuk MLM dimana produk yang dia cuba promosikan kepada aku adalah produk berasaskan penapis air..katanya produk penapis air ini telah terkenal di seluruh Malaysia dan bisnes tersebut telah 15 tahun bertapak di Malaysia..heyyyy, aku belum keluarkan lagi kamera aku dari beg ni!!

Dipendekkan cerita, setelah hampir setengah jam bercerita tentang produk serta menunjukkan gambar-gambar kejayaan upline dia baru dia bertanya tentang kamera aku..sebenarnya aku sudah tawar hati hendak berurusniaga dengan orang seperti ini..siapa penjual sebenarnya? apa motif dia hendak promosi segala bisnes MLM dia??

Dia belek-belek kamera aku..snap dekat 10 kali objek yang sama...katanya hendak menguji ketajaman fokus kamera aku sekiranya menangkap objek yang jauh..aku tunjukkan segala kemahiran serta kelebihan kamera tersebut dan dia agak berpuas hati tapi diletakkan kamera aku atas meja..kenapa??

Rupa2nya dia ingin menyambung kembali cerita2 kejayaan rakan2 beliau yang turut sama menyertai bisnes tersebut..aku makin panas sebenarnya dengan tindak tanduk beliau tapi aku berlagak seperti tiada apa2..jam dah menunjukkan pukul 11.30mlm..huhu.

Kesimpulannya adalah :-
  1. Perjumpaan diadakan selama 3 jam.
  2. Presentation dari aku tentang kamera ini hanya lebih kurang 45 minit..selebihnya dia sapu bersih.
  3. Tiada urusan penjualan dan pembelian dilakukan pada malam itu..
  4. Alasan, dia hendak menangkap gambar slide2 PowerPoint ketika ketuanya memberi taklimat rahsia kejayaan melalui bisnes tersebut..
  5. Jangan pendek akal..kalau aku lebih baik dia jumpa ketuanya dan minta softcopy slide tersebut..modal cuma thumbdrive sahaja..takkan ketuanya tak bagi kan?? kata kejayaan kena kongsi bersama..
  6. Dia TIDAK JUJUR..mengambil kesempatan di atas kemahuan aku menjual kamera bagi mempromosikan bisnes dia..
  7. Agenda utama dia ialah mempromosikan bisnes..nak beli atau tidak kamera aku itu aku sendiri tak pasti..
  8. Aku beritahu kepada dia bahawa ada orang lain yang ingin melihat kamera ini, dan sekiranya terjual kepada orang tersebut, anggaplah dia tiada rezeki..
  9. Sempat lagi membalas, sekiranya dia tiada rezeki untuk membeli kamera tersebut, rezeki mungkin dapat berganding bahu bersama aku bagi menjanakan kejayaan melalui bisnes penapis air.
  10. AKU TIDAK BERMINAT DENGAN BISNES SEPERTI INI!!!

Aku ceritakan kepada kakak aku keesokkan harinya..dia pun meluahkan rasa kesal,kecewa dan marah sekiranya perkara ini berlaku kepadanya..tapi last2 dia gelakkan aku jugak!! hahahahaha..

Nota : Mamat itu masih lagi menghubungi aku bagi mengatur satu temujanji bersama rakan2 yang lain bagi menyertai bisnes tersebut..

1 comment:

Sukahatiadam said...

wah.. tumpang kesian. awak ni memang baik hati masa tu. layan ajer dia ya... hahaha.. nak gelakkan juga. tapi sama berharap tak kena kat saya juga. belajar dr pengalaman awak.